Monday, January 28, 2013


SEKOLAH AGAMA : PENJARA ATAU LUBUK ILMU?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah dekat entri kali ni.
Sebenarnya tangan ni kaku sebab lama tak menulis. Boleh la juga kalau nak dikatakan sibuk walaupun pada hakikatnya tidaklah sesibuk mana pun.

Idea nak tulis entri ni tercetus bila melawat sekolah minggu lepas. Alhamdulillah, walaupun sudah 4 tahun meninggalkan SMKAP Kangar, saya berpeluang menziarahi guru-guru setiap tahun walaupun kebanyakan guru yang mengajar di situ sudah pencen ataupun bertukar ke sekolah lain.
Ceritanya bermula apabila aku berjumpa dengan bekas guru kelas aku masa tingkatan 4 dulu. Salam-salam, sembang-sembang dan tetiba dia ajak aku dan beberapa akhawat lain ikut pergi ke kelas tingkatan 1. Pada mulanya kami rasa segan pula nak ikut, ya la mana la tau kalau-kalau mengganggu P&P kelas. Akhirnya we ols decide pergi 10 minit before kelas taman, so tak drag masa bebudak tuh kan..
Tadaa… bila sampai ja depan kelas 1 Zainab, tecer  Normi panggil kami masuk. Malu la plak dah macam model berbaris kat depan kelas. Macam murid bersalah tak siap homework pon ada juga. Hehe.. Then dia minta intoduce diri dekat akhawat tingkatan satu. Then stori-mori kat mana belajar sekarang, bidang apa and pengalaman sebagai pelajar SMKAP. Rupa-rupanya ada akhawat yang berasa kurang selesa berada di SMKA dan khuatir dengan bahasa Arab dan status sebagai bakal ustazah… Ok lah, let me help u to make it clear ya?

Ok la, sejujur dan seikhlas hati masa form 1 aku juga mempunyai perasaan macam tu. Ya, saya faham. Itu adalah zaman peralihan ketika kita masih kanak-kanak berlari sana-sini tetiba masuk sekolah menengah kita terpaksa mendewasakan diri. Dan minggu pertama belajar bahasa Arab, mak! Susahnya…Ok, saya tegaskan minggu pertama. Aku selalu nasihatkan diri, Atikah kena sabar. Bahasa Arab bahasa syurga, kita harus belajar. Alhamdulillah, aku Berjaya menyesuaikan diri dengan segala peraturan dan bahasa ‘asing’ tu dan sesungguhnya ketika sekolah dulu aku adalah pencinta kepada bahasa ini, dan sekarang pun. Cuma tak berpeluang berkomunikasi menggunakan bahasa indah itu memandangkan orang sekeliling aku tidak ramai menggunakannya. Sayang! Sungguh sayang dan rasa termatlah rugi kerana meninggalkan bahasa itu tanpa penggunaan yang meluas.

So, janganlah risau. Bahasa Arab tak susah, trust me. Belajarlah kerana Allah, kerana Allah akan bertindak mengikut pemikiran kita. Jika kita yakin Allah pasti akan tolong. Saya sedih bila ada yang sanggup memasang stratergi menggagalkan bahasa Arab semata-mata merencanakan untuk ditendang daripada sekolah kemudian boleh sambung pelajaran di sekolah biasa. Ok, disini bukan nak kata sekolah agama hebat sekolah biasa tidak.TIDAK. saya Cuma ingin menanamkan rasa syukur berpijak di bumi SMKA. Sekolah lain juga bagus, saya yakin pelajarnya memiliki ilmu yang penuh di dada bahkan mungkin lebih banyak daripada kami. Cuma saya nak tegaskan jika anda sudah berada di bumi SMKA, teruskanlah mengorak langkah anda. Jangan rasa rendah, jangan rasa terpenjara. Suatu hari nanti anda akan rasa ‘kehilangan’. Kehilangan apa? Bila tiba masanya ia akan terjawab.

*tu la tecer Normi :) *

Satu lagi persepsi pelajar yang baru berjinak dengan SMKA ialah mekera harus menjadi ustazah. No, sayang. Tak. Buktinya ramai pelajar lepasan SMKA berjaya menceburi pelbagai bidang. Ada yang sudah bergelar doctor, engineer, pendidik, akauntan, jururawat dan macam-macam lah. Kita belajar bahasa Arab, Syariah Islamiah, Al-Quran dan As-Sunnah bukan semata-mata untuk kita jadi ustazah tapi itu merupakan ilmu dan panduan untuk kita. Rugi kah kita belajar? Jawapannya tentu tidak bukan? Secara jujur saya rindu semua subjek tu. Kita disuapkan dengan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi, DISUAPKAN. Tak perlu susah-susah cari, hanya telan sahaja.

Jangan risau, kalian bebas memiliki cita-cita kalian. Percayalah. Ilmu yang kalian belajar akan melengkapkan lagi diri kalian sebagai bakal pemilik cita-cita. Tapi, sangat-sangatlah beruntung jika kalian memilih untunk sambung bidang ini.

Dan.. ada juga yang membuat persepsi bersekolah agama bagaikan penjara terutama sekali sekolah perempuan aka SMKAP kan.. bagi saya jika nak describekan sebagai penjara saya akan describekan sebagai penjara emas beserta lubuk ilmu. Tak tahu lah kat mana penjaranya, mungkin kerana berpagar tinggi sekeliling sekolah? Wallahu’alam. Tapi saya suka, saya rasa seperti dilindungi dan terpelihara. Kalau kita nak beli beg baru pun kita nak yang dalam plastik bukan?

Saya cintakan bumi wakaf ini, iaitu SMKAP di mana saya dicurahkan dengan pelbagai ilmu dan pendedahan. Saya bermula sebagai seorang yg jahil ( I mean from zero) . Saya bersyukur dimasukkan ke sana, bertemu sahabat yang tak putus-putus meberi nasihat, guru-guru yang prihatin akan akademik dan akhlak. MasyaAllah. Rindu suasana ini. Bila pagi before start kelas pelajar-pelajar akan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran bersama-sama. Barakahnya terasa. Tazkirah percuma setiap Isnin, dicampur pula bacaan Yaasin dan solat hajat bersama. Suasana itu tiada lagi lepas keluar daripada bumi barakah itu. Tiada yang mamaksa anda turun ke dewan membawa tafsir tiap-tiap pagi, tiada yang memaksa anda berpakain begitu begini, tiada! Anda yang akan menentukan sendiri schedule harian anda, bagaimana penampilan anda. Maaf, kita. Bukan anda, tapi saya dan kamu iaitu kita. Kita akan rasa kehilangan semua ini apabila sudah melangkah keluar. Kita kena cari sendiri semuanya.

Tak perlu gusar tak perlu risau. Semuanya terkandung kebaikan. Ikhlaskan hati, betulkan niat. Insha Allah barahknya akan terasa. insha Allah, semoga Allah redha.

Dan bumi ini yang aku sangat rindui.. pic credit to Hidayah Azizan :P

No comments:

Post a Comment