Saturday, February 5, 2011

ziarah blog yang sudah lama ditinggalkan....

assalamualaikum w.b.r
rasanya terlalu lama ku tidak mempunyai kesempatan menulis di sini....bukanlah terlalu 'busy' dengan tugasan yang tak seberapa sebagai seorang pelajar, tetapi masalah utamaku kurangnya ilmu untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian....kali ini, tidak ada apa-apa untuk dikongsikan, cuma lebih kepada perkembangan keadaanku..pagi tadi, aku terfikir....adakah tanggungjawab mendalami ilmu agama hanya terletak di bahu alim ulama sahaja?jadi bagaimana dengan kita yang bergelar sebagai umat islam?tidakkah kita juga harus mempelajarinya walau dalam bidang apa sekalipun kita ceburi....bila aku merenung kembali soalan-soalan yang mengasak fikiranku barulah aku sedar...sudah terlalu lama aku meninggalkan buku-buku berkaitan agama kerana terlalu menumpukan terhadap ilmu keduniaan.....astaghfirlah..tidak hairanlah mengapa idea aku sering sahaja kering tatkala ingin berkongsi sesuatu yang beharga di dalam blog ini....soalnya aku kurang membaca.....jadi, bermula pada saat ini, aku berazam dengan diriku sendiri untuk melapangkan masaku memenuhi tuntutan aku sebagai seorang hambaNya.. baru-baru ini aku menerima keputusan PSPM(peperiksaan semester program matrikulasi)...pertama sekali aku ingin mengucapkan alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan...result aku tidaklah sebaik seperti pelajar-pelajar yang lain...tetapi aku tetap bersyukur kerana dari situlah aku mula sedar, tidak semestinya apa yang aku suka merupakan yang terbaik buatku dan mungkin apa yang aku tidak suka merupakan pilihan terbaik untukku....sebagai contoh, daripada sekolah rendah, hinggalah sekarang aku kurang berminat dengan subjek matematik, tetapi result aku memihak kepada subjek ini (buat semester 1 la..)...alhamdulillah..namun subjek 'feveret' aku, biology tidak mendapat sebaik matematik...mungkin ada hikmahnya...kerana Allah maha mengetahui yang terbaik buatku...aku mrenung-renung sepotong ayat ini ketika ingin membuat pilihan untuk mengisi UPU fasa pertama;

 ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

aku menjadi tidak ragu-ragu ketika membuat pilihan kursus utk UPU(insyaAllah jika rezeki untukku ke universiti ada...) apabila terbaca ayat ini....kerana Allah lebih mengetahui kemampuanku....Allah lebih mengetahui apa yang bersesuain denganku kerana Dialah penciptaku....sudah tentu Dia lebih mengenali dan mengetahui keadaan diriku berbanding aku sendiri....panjang pula aku menceloteh....so,moral o the story that i wanna share with my beloved friens adalah  ;
  1. redha; yakni terimalah ketentuanNya engan lapang dada, percayalah setiap yang terjadi mengandungi hikmah di kemudian hari
  2. yakin dengan Allah
” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “
(Surah At-Taubah ayat 129)
atikah
02:13 a.m
05-02-11