Friday, June 22, 2012

untuk dia V2 :)

Salamualaik, salam sejahtera semua J

Hari ni agak free, bila dah xda lecture notes nak baca rasa bosan la pula kan.. so saya korek la khazanah-khazanah dalam hard disk..jumpa beberapa keeping gambar time sekolah menengah dulu..wuuuu… rindu sama kalian!!
Masing-masing dah ada hala tuju tersendiri, ada yang kat mesir, dekat Indonesia dan tak kurang juga seluruh pelusuk Malaysia..
Rindu la dengan ‘hampa’ semua… zaman sekolah adalah zaman terindah sebab?
Sebab, zaman ni kita semua tengah membesar, baru nak kenal erti kehidupan luar sebenarnya.. jujur saya katakan SMKAP merupakan lubuk ilmu, betul kata ustazah kita akan sedar bila kita dah keluar dari SMKAP… apa lagi yang kita nak , tazkirah percuma, ilmu dunia dan akhirat percuma, sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan dan menegur kesalah kita… subhanallah, memang indah.. *tetiba teringat lagu devotees, luahan rindu..nah, kawan-kwan saya tujukan khas buat anda*

Sebenarnya tumpang berbangga apabila SMKAP melahirkan serikandi-serikandi yang Berjaya, Alhamdulillah..bakal-bakal doctor kita 5-6 tahun lagi, insyaAllah.. bakal-bakal peguam, bakal-bakal pendidik anak bangsa, bakal-bakal pemegang jawatan dalam macam-macam bidang, insyaAllah… didoakan kalian Berjaya menggenggam impian yang telah lama diimpikan, jangan lupa doakan diri ini agar Berjaya dalam lapangan yang diceburi…

Salam rindu buat semua… biar di duga derita, tabahkanlah sentiasa…semoga mendapat rahmatNya.. biar tiada sms antara kita cukuplah doa dari jauh menandakan kita masih saling ingat mengingati..ukhwah yang terbina keranaNya, bertemu dan berpisah juga keranaNya… *xsabar nak tunggu siapa first nak bg kad jemputan kawen…hikhik*



Akhir sekali, semoga kita sentiasa dalam redhaNya.. psstt.. tegur-tegurlah diri ini andai tersalah langkah mahupun tersasar dari landasan, nauzubillah..tapi jika ini yang berlaku, tegurlah…harapan yang sangat tinggi… sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain demi kebaikan bersama… sayang antum sekalian <3


untuk dia :)

assalamualaikum, salam sayang dan salam sya'ban ^,^

first of all saya doakan agar kalian semua sihat-sihat belaka dan jangan lupa ucapkan syukur pada saat dan tika ini anda masih bernafas, maksudnya masih diberi ruh dan jasad untuk beribadah kepadaNya :)

tujuan entri kali ini ditulis oleh jari jemariku ini untuk menghadiahkan sebuah dedikasi ini buat ex-rumateku, Norfaezah Daud akak F.D

masa mula-mula kenal, rasa takot nak tegur sebab nampak garang...erk, sory paeh!~
tapi dia pon cakap dia takot nak tegur aku, nampak ala-ala budak baik katanya..haha, so dah kenal aku ni xbaik ke paeh? :P

10 tentang dia :
1) sgt caring! seriusly, dia sngt caring.

2) kalau aku balik lambat, mesti dia cari dan call... sori paeh selalu bagi ko risau, aku biasa sorang-sorang, jarang ada org menunggu kat umah sbb kalau kuar, kuar ngan mak abah, so xde yg cari...hehe...jadi kdg2 aku lupa ada orang menunggu aku kat bililk, ok my bad...

3) kalau dia bangun awal dari aku, dia yang kejutkan aku subuh :)

4) bila aku diam, terbaring je dia akan tanya "tikah, kau tak sihat ke?"

5) bila aku terlalu letih dengan aktiviti kelab or whatever, dia akan bancuh air teh utk aku..

6) kalau makan ayam penyet sama-sama dia carikkan ayam :P

7) pernah sekali tolong aku sidai baju sama-sama...

8) pernah marah aku sebab menghilangkan diri (aku kuar then balik singgah bilik classmate tanpa pengetahuan dia, so dia risau sebab dah lewat).. dia cakap : "aku risau taw x..bukannya nak balik bilik dulu"

9) sponsor panadol dan ubat bila aku tak sihat

10) selalu dengar citer2 aku :)


~nah, untuk kamu~

ok..sedikit sebanyak tentang dia... paeh, nak ucap terima kasih sebab jadi roommate yang baik selama 2 sem dengan aku :) next sem even kita dah x sebilik, hope jgn lupakan aku eh.. kalau aku nak teh ak calling2 kau eh???

~i think untuk kali nie tu ja la... :) ~

tata semua,
semoga bahagia selalu :)

Assalamualaikum, salam sejahtera…first of all sebelum tangan lincah menekan keyboard saya nak ucapkan salam sya’ban kepada semua..moga-moga bula sya’ban nie dapatlah kita meningkatkan amalam-amalan sunat seperti yang disunatkan dan seperti yang dilaksanakan oleh kekasih Allah, Rasulullah saw… J

Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dah habes 2 semester bergelar sebagai pelajar tahun 1 sarjana muda sains(biologi).. ok, dengar mcm cepat, tapi memang rasa cepat pun..tup2 nak masuk tahun dua dah, tapi rasa mcm budak sekolah lagi pun ada… hehe
Tapi hakikatnya, sepanjang dua sem kat sini bukanlah secepat dan semudah yang disangkakan… banyaaakkkk sangat perkara berlaku sekeliling dan terhadap diri dan seterusnya mematangkan diri aku..(er, matangkah?ntah lerr….)

psst..kami beli cincin nie masa sem 1 dulu...ok,jgn tny lagi sapa bagi cincin tu..kami beli sendiri murah ja..tapi 2 org daripada kami 5 dah terhilangkan cincin ni :(
~kalau aku pakai cincin ja mesti ada yang tanya dah berpunya ka? cincin bukan melambangkan dah berpunya ka belum la.. ya, aku kepunyaan Allah, mak dan ayah aku dan ahli keluargaku; buat masa ini aku hanya kepunyaan mereka :) ~

Rasa segar lagi kot time first week kat UTM, skema tak yah cakap la kan…hihi…yang paling xleh lupa tunggu bas dekat tempat bas KTC K9 K10 xlalu iaitu nak taw kat mana??ntah mna pun ak sendri x hengat tapi memang xdak bas lah lalu stu…memang musang pun berjanggut lah kalau tunggu situ, oke kalau sekarang buat macam tu lagi tak taw lah nak cakap apa kan…first week boleeeh la diterima.. tu satu hal…hal lain, tersalah jalan sampai masuk bangunan budak FKA nak pergi N24, terjumpa hamba Allah ni…(ingat lagi muka dia!), dalam hujan yg bukan tahap renyai tapi lebat ‘crazy’ then berlaku lah dialog spt berikut :
Cik atikah : tumpang tnya, taw x nak ke N24 mcm mna?
Hamba Allah : la..ikut jalan biasa la..(sambil pegang phone dia berlalu pergi…)


Weh!sedih kott dilayan mcm niiii…apa tak nya, dah la baru nak mengenali UTM, pastu sesat dalam hujan…sampai-sampai ja kelas baju boleh perah, tadah bleh dapat satu baldi…. L
Tak pa lah, abaikan kisah tu… mcm2 lagi lah sebenarnya kisah peliks berlaku dalam minggu2 awal kat sini kan…tapi ada setengah dah x hengat dah… time ni gak lah aku susah sikit nak adapt ngan kengkawan baru… sapa2 x kenal mmg lah akan ingat aku ni pendiam plus sombong kot :p sebab, aku susah nak initiate dulu perbualan…tapi kalau dah kenal harap bersabarlah ye melayan diriku yang suka pot pet ni…tapi dulu! Now, after join KKDK rasa regulation of hormone dalam badan dah berubah sikit… dah pandai nak cakap dengan semua orang..(tapi tak lah tegur semua orang yang lalu lalang…kalau kenal tu ada la senyum2, kalau sapa2 terserempak ngan aku/saya tapi terjeling or tepandang tempat lain MAAF sgt2, tu tandanya tak perasan ataupun keadaan tak mengizinkan nak senyum ataupun tetiba malu nak tegur ataupun mata kabur ataupun …..macam2 la ye)

Sem I berjalan dengan perasaan terkapai-kapai when I need to take 2 subjects yang ‘sukaaa’ sgt ; mathematics method and statistics..whoaa…memang terkapaiii lah..tapi Alhamdulillah berlalu sudah…sem II Alhamdulillah, kurang terkapai-kapai sebab dah xda subjek kira-kira Cuma ada analytical chemistry ja… tapi xsehebat penangan math methods…pastu ada dinamika aka sejarah Malaysia…ohhh…speechless, xpa…dah orang bagi belajar ja lah…hehe…so tolak tambah darab bahagi sebenarnya tiga ja subjek yang betul2 related dengan program aku ; molecular dan cellular biology, intro. To bioscineces & cellular biochemistry and metabolism yang lagi 3 aku anggap ‘interference’ yang penting sebab masuk cgpa ;p
Sem I dulu sempat join petanque, tapi atas beberapa masalah dari diri sendiri so terpaksa berhenti untuk bagi masa untuk diri kejap…hehe..bajetnyaaa…so sem II kadang2 rasa rindu lak nak turun padang petang2, tapi tetiba turun main pelik lak orang nant…jadi sem II ni, petang dihabiskan dengan kelas tak pun makan … hiiii..
Masih ingat lagi, before daftar sini bagitaw abah nak balik 2x dalam sebulan..nampaknya semua tuh harapan semata-mata..bila dah masuk sini, memang tak Nampak jalan balik sebab aka nada macam2 kerja nak kena settle kan plus jauh L jauh la sgt kan :P

ni gelanggang petanque UTM :)

Ok, ada satu lagi benda yang sering terjadi kat UTM ni… kenapa laaa orang suka panggil aku kak eh? Ada plak tu Tanya aku budak master ka?amin, moga-moga masin lah mulut mereka and one fine day I hope I really be a postgrad student J ada satu hari dekat sebuah kedai makan dalam UTM, sebab astik dipanggil akak, so time nak order aku panggil la hamba Allah ni dik, nak order..semacam ja dia pandang sebab dia sebenarnya mmg sah Nampak lagi tua…err..

Lagi satu benda, kalau balik kampong ja mesti ada yg Tanya ‘eh dah ada ka belum?’… ada apa? Mcm2 ada, ada apa? Oke lah, sebenarnya niat aku ke UTM ni nak belajar, timba pengalaman dan menunaikan impian mak abah.. kira ni focus utama la… hal-hal lain masih belum dalam perancangan, biar Allah yang tentukan..sebab aku percaya pada takdir Allah ^^ kalau apa-apa yang berlaku dalam masa terdekat tu dah Allah rancang, aku tak boleh tolak tapi buat masa sekarang memang ‘ada ke belum’ belum menjadi sesuatu yang utama dalam perhitungan J sebabnya, aku serahkan semuanya pada Allah dan aku percaya pada janjiNya...( pergh, first time tulis and share benda cenggini....aku seorang yang agak sukar kuarkan statement berkaitan benda2 mcm ni, malu and takot ada yang kata bajet lah..bajet pun bajet lah…dah tangan tertulis kan? ) Allah telah menentukan segalanya, Dia tahu yang terbaik…Cuma sekarang tengah membaiki diri sendiri kearah yang lebih baik..moga diberi kekuatan J( but I’m still an ordinary human…ada kekurangan dan kekhilafan yang tak disengajakan)



Oke, main point nak cakap sebenarnya hari ni last paper…^^ dah habes dah belenggu tak tdor malam, belenggu tdor mimpi jantung timbul dalam buku and mcm2 mimpi buruk..alhamdulillah!ini berita gembira.. tapi yang tak gembiranya, semua orang dah tarik beg balik…TAHNIAH kerana Berjaya balik J
Maaf andai apa yang dicoretkan di sini terguris mana-mana hati yang membaca (kalau ada yang membaca, TQ), ataupun berbentuk annoying, saja nak share kegembiraan habis exam and next sem bakal jadi senior….awesome x?hik2…janji pada diri, nak jadi senior yang baik tapi maaf la bakal adik2 sekalian, akak xbanyak nota :P


~muka epi dah habes exam dunia~

Btw, tak sabar nak balik ke tanah tumpah darah; Perlis. Nak jumpa mak abah nenek atuk mak lang pak lang mak ngah pak ngah mak cik pak cik mak su pak su tok the tok su, adam hakim, aisyah nasr, amani nasr, farid nasr, izzat, asyraaf, irdina(sombng dgn kakak!), nafisah,aunie, aufa,syifaa, thoiibah,awatif, baby hatim(tak pernah tgok lagi),semua lah yang dirindui…insyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti..tak lupa sahibah2 yang dah cuti, kawan-kawan lama dan rindu dekat rumah..biar kecik tapi sebab rumah tu milik kita, tetap sayang!

sori kalau entry kali ni  tak membantu anda semua menjada minda sebab ini entry bukan ilmiah;
ini entry aa sekadar share citer, yang mana boleh dijadikan pengajaran ambil, yang mana buruk sila jauhi;
tq kerana sudi mampir ke halaman ini;
any comment or teguran sudilah diberi insyaAllah terima dengan hati terbuka; PM kat fb atau leave kan ja kat chatbox tu ye :)
last but not least, harap kita dapat manfaatkan setiap detik yang dipinjamkan Allah kepada kita dengan sebaiknya, sama-sama kita dapat menggunakan kesempatan utk meningkatkan amalam sunat kerana amalan-amalan sunat inilah yang akan menampung kekurangan amalan wajib yang mungkin tidak sempurna, InsyaAllah...

salam sayang buat semua saudara seislamku :)


rindu sama budak tecik nie, sekarang dah besar :)