Tuesday, September 4, 2012

no woman no cry VS no teacher no engineer :D


Pertama sekali saya ingin mulakan dengan kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
Moga Allah swt mengampunkan dosa saya andai apa yang saya tuliskan ini salah dan menyinggung mana-mana pihak… moga Allah member hidayah kepada saya dan semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zaman sekrang orang kata
“no woman no cry…”
Ok… yang tu, saya tak kisah sangat.. katalah apa nak kata..walaupun hakikatnya saya seoarang perempuan aka WOMAN.. yes, I am..
Tapi yang satu ni aku kisah… sangat-sangat kisah.. dan aku mengakui kebenaran dan memang tak dapat disangkal lagi..
“no teacher, no engineer (doctor/leader/or whoever you are being now…)
Why? Because I am a teacher? No! Absolutely no… I am not a teacher.
BUT
Saya sangat-sangat menghargai jasa guru. Serius saya cakap, ibu ayah yang bekerja tak kan sempat nak mengajar anak-anaknya mengeja dan membaca A B C sepenuh masa, kalau bukan jasa seorang guru tak kan anda pandai membaca… kalau tak ada guru, saya tak kenal A itu apa, mungkin tak kenal dan tak tau pon nak menekan-nekan keyboard laptop ni.. (thanx kepada semua guru yang amat berjasa kepada saya… tak kiralah, guru secara formal, tak formal, tadika, sekolah rendah, menengah, tuisyen, pensyarah-pensyarah.. kerana melalui kalian, Allah sampaikan ilmu kepadaku… semoga Allah membalas jasa kalian…)
Tuh, intro sahaja… ops, sorry terpanjang… kenapa? Semangat… setelah sekian lama tak terdaya meng’update’ blog usang lagi bersawang (dan tak menarik langsung…)  hari ni, jam 1.29 am dengan mata yang tetiba segar, Allah kurniakan sedikit kudrat untuk saya kembali menulis… Alhamdulillah.. pertama sekali nak minta maaf dengan cikgu-cikgu BM sebab BM dan bahasa agak teruk :’(
dan nak minta maaf kepada yang membaca ( andai ada yang membaca, terima kasih sebab membaca..hehe) jika entri ini mengguris mana-mana hati, tersalah fakta, tersalah cakap… kalau terasa, direct contact dengan saya (ms_atikah@yahoo.com) minta saya mohon maaf, insyaAllah saya cuba perbetulkan mana yang silap…
“senangnyer kerja cikgu.. gaji banyak…bla…bla…bla… and bla..bla…bla…”
(statement di atas bukanlah statement mereka yang menilai melalui mata hati)
Saya bukan cikgu. Tapi saya memahami cikgu. Pengalaman saya menjadi cucu, dan anak kepada cikgu menjelaskan segala-galanya… ok.. bukan cikgu je berkorban demi anak bangsa, tahukan anda cucu dan anak cikgu turut bekorban? Ok.. meh saya citer pengorbanan cucu dan anak cikgu dulu ya?
1)     1) Selalu balik lambat dari kawan-kawan sekelas.. tunggu datuk (masa tadika) selesaikan tugasan.. dulu datuk jaga perpustakaan, jadi kena tunggu pelajar-pelajar (sekolah menengah datuk saya mengajar) balik dulu.. my friends balik jam 11.00 pagi tapi saya akan balik jam 2.00 petang ++ ( berkira sangat la 3 jam tu…?? Eh, bukan berkira tapi fakta!)
2)      2)Masuk sekolah rendah pon sama.. my mum juga kena selesaikan tugasan baru balik..kadang-kadang balik rumah sampai dekat pukul 5ptg.. sampaikan kena peril sebagai guru besar… tapi tugas cikgu bukan mengajar dalam kelas sahaja. Dan.. apa yang nak cakap, anak dia pon balik lambat sama..
3)      Musim exam ( mak saya SU peperiksaan dulu) yang tolong mngelip kertas exam awak wahai bekas-bekas pelajar adalah guru dan anak guru, dan saya. Masa UPSR mak kena p sekolah awal sebab nak make sure semuanya berjalan lancar, anak-anak murid kesyangan dapat jawab dengan baik… awal sangat, 6.15 pagi dah terpacak kat sekolah… dan saya juga kerana mak saya pergi awal… kalau ikutkan tak perlu pon cikgu susah payah, nak exam bukan anak kandung dia, yang nak lulus or gagal pon bukan anak dia… but why? Sebab itu adalah pengorbanan dia.. trust me, cikgu nak bagi semua anak didik dia Berjaya macam anak kandung!
4)      3)My mun got migraine… and hypertension.. apa tidaknya, kena key in markah anak-anak murid kesayangan yang banyak.. pakai internet kat rumah yang dibayar oleh ayah saya (ada ker mintak duit anak murid? Tak pernah la pula..hehe) sampai 3-4 pagi.. saya tahu! Saya yang teman dia berjaga sambil tolong baca kan data… ok, bukan mak saya ja buat semua ni… I wanna make it clear.. semua guru mengalami benda sama… hargailah mereka..

“cikgu reti ajar satu subjek jer…kimia, kimai je la pandai… bla..bla..n blaa…”
Maaf untuk aku nyatakan statement di atas hanyalah orang yang .. hmm, anda lengkapkanlah ayat sendiri… saya tak nak meneruskan ayat.

Ya Allah…….. ish. Macam la cikgu tak sekolah dulu yang dok ingat cikgu ni xda ilmu sangat… cikgu sekoalh dulu pada kita, zaman dulu mana ada tuisyen bagai.. belajar dalam pelita ja, tapi pandai mengalahkan kita zaman moden ni… mereka kurang pendedahan dan peluang ja.. kalaulah zaman mereka pendedahan meluas, banyak peluang.. rasa-rasanya sekarang dah jadi doctor, jurutera or whatever lah!
Ok, macam ni lah..  kalau kata cikgu pandai ngajar satu subjek ja, nak Tanya… doctor boleh tak buatkan kerja engineer? ( maaf saya pakai contoh doctor dan engineer… senang nak bagi Nampak… no racist, tiada diskriminasi…) jawabnya haruslah eh, tu bukan bidang i… I belajar anatomy manusia, bukan anatomi engine.. see???? Jangan pertikai la.. sama ja kes awak pergi suruh chef handle kes kat mahkamah… tak perlu lah ya saya jelas dengan lebih mendalam, pasti anda dah nampak main point saya nak bagi :D

cuti berlambak+kerja half daycuti……”

masyaAllah.. tak kan la ini pun nak jadi isu? Ok lah, kenapa cikgu cuti banyak? Sebab kalau murid cuti, cikgu tak cuti.. apa function cikgu p sekolah.. mau ngajar siapa ya? ~ok, dah…ini pon jawapan ada dalam diri setiap dari kamu, saya tak nak explain lebih~
dan hakikatnya cikgu-cikgi manusia biasa. Mereka ada kehidupan sendiri, ada cara sendiri menghiburkan diri (cth: update blog ke, melancong ke…), ada cara sendiri menambahkan pendapatan ( cth: direct selling ke, ape2 je lah… saya tak kisah… tu usaha mereka, tak loan dengan saya pun…hehe)
dan.. “takkan la dah terer2 tiba2 jadi cikgu je??à sekarang manusia dah pandai menilai, saya ambil keputusan you ask for it… saya tak nak bagi ulasan, cukuplah saya mengulas dalam hati kerana saya tak nak ambil risiko.. kawan saya, got straight A’s in SPM jadi guru… ok what? Dunia memerlukan cikgu yang berkualiti untuk lahirkan pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara.

Sekali lagi saya mohon maaf terpanjang menulis, menggunakan ayat yang kurang manis dan sebagainya… ( sebenarnya banyak lagi nak share, but got to go… got things to do, perhaps it’ll be second part :P )

Apa yang cuba saya nyatakan :

1.       Selagi mana kita tak berada di tempat seseorang itu, selagi itulah jangan tipu diri anda bahawasanya anda sangat memahami keadaannya.

2.       GURU. RESPECT (ulas sendiri)

3.       Allah beri, dan bila-bila masa Allah boleh tarik.

4.       Ilmu yang tinggi haruslah disertai budi pekerti mulia dan kerendahan hati.

5.       For myself, watch out my words.. and for all of us…

6.       Peace, no war… ini pendapat peribadi… bukan nak kondem sesiapa, bukan nak membela sesiapa. Hanya menggunakan hak sebagai pengguna, saya berhak menulis.

7.       Saya hanya insan biasa yang tak punya apa-apa, tapi saya hormat pendapat anda dan saya hormat dan sayang semua yang bergelar guru..

8.       Bukan kerana saya anak kepada pendidik yang mendorong saya mengeluarkan patah-patah perkataan di atas, tetapi kerana saya manusia biasa.

Santapan minda untuk ayat terakhir saya :

Salam kedamain, salam pemikiran minda kelas pertama, salam HORMAT buat semua yang sudikan diri membaca, salam kemaafan… ASSALAMUALAIKUM WBR…

Naban.
4/9/2012
2 : 07 am
Salam perjuangan kedamaian ^,^

No comments:

Post a Comment