Wednesday, March 3, 2010

A morning person....

KEISTIMEWAAN BANGUN SEBELUM SUBUH...

Sebenarnya kalau kita boleh bangun sebelum subuh (saya sendiri mengalami kesukaran mempraktikkah ini) banyak perkara yang boleh kita lakukan antaranya :
  • Solat tahajud 2, 4, 6 atau 8 rakaat dan ditutup dengn solat witir.
  • Membaca beberapa lembar al-Quran
  • Menyedut udara segar yang kaya dengan oksigen
  • Menikmati ketenangan alam
apabila hampir waktu subuh, kita boleh mendengar bacaan ayat suci al-Quran atau tarhim dari menara masjid atau surau yang berhampiran. Sebaik sahaja masuk waktu subuh, terus boleh melaksanakan solat subuh.
post selepas ini saya ingin berkongsi tentang "A morning person" dirujuk dari majalah solusi...hari ini setakat ini dahulu...

MAHMUDAH VS MAZMUMAH

HUSNU ZAN DAN SU'UZAN

BAIK SANGKA DAN BURUK SANGKA

hadis riwayat muslim
"janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah"
Berbaik sangka di sini bermaksud rasa takut dan harap saling bergandingan, ataupun rasa takut melebihi rasa harap.
Dengan siapa kita perlu bersangka baik?
Dengan Allah lebih utama kemudian sesama manusia lebih-lebih lagi sesama muslim.

CIRI-CIRI HAMBA YANG BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH :
  •  apabila melakukan sesuatu ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
  • apabila dia berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
  • apabila dia berdosa segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah akan menerima taubatnya
  • apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu mengandungi hikmahnya.
 Firman Allah subhanahuwata'ala "wahai orang yang berfirman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa." (surah al-Hujurat : 12)
 
Buruk sangka dalah bahasa yang mudah difahami ialah "negative thinking".
ketahuilah beberapa punca buruk sangka kepada Allah:

  1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran ALLAH
  2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.
  3. Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atu tidak.
Oleh itu, sebagai seorang muslim dan mukmin kita haruslah meleburkan perasaan buruk sangka dengan beberapa cara yang relevan contohnya mintalah perlindungan Allah dari segala bisikan syaitan serta mengamalkan doa agar diberikan sangkaan yang baik seperti doa Sa'id bin Jabir :
"ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, sebenar-benar tawakal ke atas-Mu, dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu"

semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita..amin..
 
 
 
 



9.22 pm
3 Mac 2010
sumber rujukan:
majalah solusi, isu ke-17