Sunday, February 26, 2012

bicara dari hati tentang ukhwah....

Assalamualaikum, salam sejahtera...
bismillahirrahmanirrahim:)

entah mimpi apa yang 'menarik-narik' tangan aku untuk menulis malam nie setelah sekian lama aku biarkan laman ni bersawang dan terbiar sepi...

bicara hati tentang ukhwah...aku terpanggil nak share dengan semua kemanisan berukhwah dalam hidup..ukhwah ataupun jalinan persahabatan sgt indah andai terbina dari keikhlasan dan kerana Allah swt kerana andai ukhwah terbina berdasarkan dua faktor penting nie, insyaAllah kemanisannya akan terasa...ok, jgn salah faham, postong kali nie bukan ceramah agama, ini cuma pengalaman aku semata-mata :)

sepanjang 19 tahun (err tak lama lagi 20...tp skrng still 19 :P ) aku hidup macam-macam manusia aku jumpa dan bersahabat dengan mereka, mungkin juga anda... setiap kali aku mengikat tali persahabatan dengan seseorang, Allah menganugerahkan rasa sayang terhadap sahabat aku. Mungkin sebelum ni aku tak pernah bagitaw yg aku sayang sgt kawan-kawan aku..tp hari nie, aku nak gtaw aku sayang semua kawan-kawan aku..tak kiralah aku kenal sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan terkini UTM...semua aku sayang, tak lebih dan tak kurang...kadang-kadang aku tak contact dan mendiamkan diri its not mean that aku lupa, mungkin masa dan keadaan menjarakkan hubungan aku dengan kalian...

eh...panjang plak intro dia...hehe..soriii...sebenarnya nak cter kisah kehidupan yang aku tempuh kat utm sepanjang hampir 5 bulan bertapa kat sini....bila jauh dengan keluarga of course la kawan-kawan yg paling dekat ngan kita kan...selain dr insan plg dekat dgn aku, iaitu rumate ak, ada lagi 4 org sahabat yang dekat ngan aku selain drpd clasmate2 aku... kadang-kadang dah macam belangkas je sebab kemana pun together-gether...campur aku jadi lah 5...kat sni nak stress kan bkn maksd ak xkawan dgn lain2 cma kurang rapat sikit...sori kpd semua kawan-kawan yg lain, kali nie aku pilih cter tntng kawan-kawan kat utm dulu sbb baru lepas dapat idea drpd apa yg berlaku baru-baru ni...kalau nak karang dr tadika memang tak tdo ak malam ni..hehe...so insyaAllah di lain hari aku tulis lak pasal kisah2 dlu2..jgn terasa ye kawan tadika sekolah dan lain-lain...

dalam 5 orang ni, tipu la kalau semuanya sekepala, sampaikan tak da langsung perselisihan pendapat n sewaktu dengannya...boleh dikatakan setiap hari ada la kat sana xsetuju or sini xsetuju..normal la tu...dalam sehari akan ada la yg merajuk or terasa ka..termasuk aku la kan...tp kalau berlaku pon kisah mcm ni paling lama sejam ja kami mendiamkan diri sebab apa?menenangkan perasaan...tapi lepas tu ok balik mcm biasa...kadang-kadang benda sekecil2 perkara pon bleh dijadikan isu, contohnya sebab tempat dalam kelas, sebab baju batik...hehehe...tapi nak taw x kenapa rajuk tu cuma beberapa minit? sebab aku yakin adanya keikhlasan dalam hati kami menerima sahabat dengan seadanya...(harapan aku ukhwah kita semua berpanjangan smpai bila-bila)..dan aku yakin, dalam ukhwah tu, apabila berlaku pertelingkahan pendapat di situlah penguat ukhwah tu sebenarnya... di situ lah kita tahu di mana kurang dan silap kita dan belajar membetulkannya...dan, di situlah kita akan belajar menerima sahabat kita seadanya...kita harus ingat, kita bukan manusia sempurna dan sahabat kita juga manusia sama seperti kita, jadi mereka juga bukan sempurna..ok?

"kalau nak cari kawan yang sempurna memang kita tak akan jumpa, kalau nak cari kawan yang faham segala isi hati kita juga sukar dijumpa, tapi..kalau kita nak cari kawan yang ikhlas berkawan dengan kita kerana Allah sudah tentu ramai di luar sana dengan syarat kita ikhlas menerima segala kekurangan, baik buruk mereka terlebih dahulu..."

sori la kali ni xda gambar nak cantikkan pemandangan disebabkan internet sgt slow...nak upload nmpkanya pukul 6 pagi esok pon xsiap...apa2 pun mohon maaf andai post kali ni tersalah silap kat mna2, menyinggung hati mna-mna pihak...kalau tak menarik tu sori la ye..sekadar nak 'cuci' balik blog yang bersawang nie :))

No comments:

Post a Comment