HUSNU ZAN DAN SU'UZAN
BAIK SANGKA DAN BURUK SANGKA
hadis riwayat muslim
"janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah"
Berbaik sangka di sini bermaksud rasa takut dan harap saling bergandingan, ataupun rasa takut melebihi rasa harap.
Dengan siapa kita perlu bersangka baik?
Dengan Allah lebih utama kemudian sesama manusia lebih-lebih lagi sesama muslim.
CIRI-CIRI HAMBA YANG BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH :
- apabila melakukan sesuatu ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
- apabila dia berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
- apabila dia berdosa segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah akan menerima taubatnya
- apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa disebalik ujian itu mengandungi hikmahnya.
Buruk sangka dalah bahasa yang mudah difahami ialah "negative thinking".
ketahuilah beberapa punca buruk sangka kepada Allah:
- Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran ALLAH
- Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.
- Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atu tidak.
"ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, sebenar-benar tawakal ke atas-Mu, dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu"
semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita..amin..
9.22 pm
3 Mac 2010
sumber rujukan:
majalah solusi, isu ke-17
No comments:
Post a Comment