Wednesday, February 29, 2012

lelaki itu.....dan wanita itu

assalamualaikum, salam muhibbah :)

tajuk entri kali ni agak lain dari yang lain... err..bukan agak saya rasa,mmg xpernah buat entri tajuk cenggini....
malam ni, tengah study tadi terlelap sebentar.. tengah asyik nak layan mimpi telefon saya bunyi...hilang bertaburan entah ke mana lah mimpi tadi kan..hehe..oh ya, lelaki itu 'call'... :) hilang la rindu kejap...dialah satu-satunya lelaki yang akan call saya setiap hari...so sweet kan?

ok...sebelum ada yang buat assumption yang salah siapa lelaki itu, meh sini cek nak habaq... he's Ahmad Nordin bin Awang, my luvly father... apa yang cerita pasal beliau ni ialah :

ok, salah insert gambar ni terselit tengah-tengah cter...halal lah ek ..

1)kalau kat UTM mesti dan akan call saya everyday

2)kalau kat umah, selalu bancuhkan air dan breakfast utk saya..hehe (bukan saya MALAS ok...tapi ayah saya sememangnya rajin..hihi..)

3)pandai masak (even tak sesedap mak tapi kalau masak nasi goreng tu ok la...best!)

4)kadang-kadang mcm ajaib je,taw-taw je apa yang saya nak makan time tu...padahal simpan ja dalam hati...

5)bab-bab makanan ni kadang2 abah lebih memahami compare ngan mak...tapi abah kalah kalau bab pakaian, kasut...yang tu mak memang da best...:p

6)abah garang gak kadang-kadang...zaman muda mudi dulu saya sgt2 cerewet pakai tudung...time tuh tadika lagi rasanya...gara-gara aku merajuk ngan tudung abah berhenti keta tepi jalan dan baling tudung keluar tingkap...hihi..tapi abah baik sebenarnya...lepas dia marah mcm tuh, dah xpernah aku wat perangai mcm tu lagi...start pada tu, lantaklah tudung aku jadi mcm mna pon yang penting menutup aurat... ;p

erm..tu ja kot tentang abah buat masa sekarang.....

dan, wanita itu pula ialah Nooraliza bt Ali, kawan baik juga merangkap ibu kepada anak yang nakal ini..hehe...

1)mak garang mulut ja, tapi sgt2 memahami...

2)mak sgt2 xharap aku naik bas sorang2...itulah mak!hehe..

3)disebabkan darah kami jenis yang sama, orang cakap selalu berlaga angin..maksudnya berselisih pendapat...last2 dua-dua kalah....

4)mak selalu cakap belajar elok-elok..mak kerja cari duit nak bagi kakak belajar...insyaAllah mak!i'll try n do my best...

5)mak selalu cakap, baju kakak ni banyak mengalahkan org kerja..lepas ni tak yah la buat lgi..tapi mak yang asyik tempah lagi dan lagi...

6)dan....ni pun mak selalu pesan... "kakak, nanti cari suami yang beriman..tak kaya tak pa, yang penting kalau dia ada asas agama dia tak kan buat benda bukan-bukan.." (ok, secara jujur bila dengar ja part ni nervous...hehe...rasa masih muda untuk mendengar nasihat nie dan masih muda utk fikir perkara ni..even hakikatnya aku dah 20 tahun....kan?)

7)mak adalah cermin saya...tapi wajah saya mcm abah...lain2, totally macam mak, salah satu contoh jalan dgn laju tanpa memandang kiri dan kanan..hehee

erm,tu ja kot stakat sekarang..lelaki dan wanita ini sgt menyayangi diri ini...dan, anak yang sedang meningkat dewasa ini juga sangat menyanyagi mereka.... sangat-sangat...mereka adalah orang terpenting dalam hidup saya...saya kuat semangat berada di bumi Johor ini juga kerana impian mereka ingin melihat saya berjaya... dan kerana di sinilah ayahku mendapat ijazahnya suatu ketika dahulu... malam ni tetiba ingin mencoret sesuatu tentang insan-insan ini, disebabkan itu lah adanya entri ini...lupa plak, blog saya adalah blog yang bertemakan bebas...adakalanya entri-entri berunsurkan keagamaan, adakalanya berunsurkan pandangan dan pendapat peribada\i dan akan ada juga perkongsian pengalaman, luahan perasaan dan diari hidup saya di sini.. jadi mungkin ada yang kurang gemar membaca cerita-cerita begini, so never mind...just skip this entry ok? :)

nota kaki : sayangilah mereka yang selayaknua utk disayangi...dalam dunia ini, kita hanya ada satu ibu dan satu ayah (tak termasuk ayah n mak mertua ok bg yang dah berumahtangga...hehe) ..

Sunday, February 26, 2012

bicara dari hati tentang ukhwah....

Assalamualaikum, salam sejahtera...
bismillahirrahmanirrahim:)

entah mimpi apa yang 'menarik-narik' tangan aku untuk menulis malam nie setelah sekian lama aku biarkan laman ni bersawang dan terbiar sepi...

bicara hati tentang ukhwah...aku terpanggil nak share dengan semua kemanisan berukhwah dalam hidup..ukhwah ataupun jalinan persahabatan sgt indah andai terbina dari keikhlasan dan kerana Allah swt kerana andai ukhwah terbina berdasarkan dua faktor penting nie, insyaAllah kemanisannya akan terasa...ok, jgn salah faham, postong kali nie bukan ceramah agama, ini cuma pengalaman aku semata-mata :)

sepanjang 19 tahun (err tak lama lagi 20...tp skrng still 19 :P ) aku hidup macam-macam manusia aku jumpa dan bersahabat dengan mereka, mungkin juga anda... setiap kali aku mengikat tali persahabatan dengan seseorang, Allah menganugerahkan rasa sayang terhadap sahabat aku. Mungkin sebelum ni aku tak pernah bagitaw yg aku sayang sgt kawan-kawan aku..tp hari nie, aku nak gtaw aku sayang semua kawan-kawan aku..tak kiralah aku kenal sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan terkini UTM...semua aku sayang, tak lebih dan tak kurang...kadang-kadang aku tak contact dan mendiamkan diri its not mean that aku lupa, mungkin masa dan keadaan menjarakkan hubungan aku dengan kalian...

eh...panjang plak intro dia...hehe..soriii...sebenarnya nak cter kisah kehidupan yang aku tempuh kat utm sepanjang hampir 5 bulan bertapa kat sini....bila jauh dengan keluarga of course la kawan-kawan yg paling dekat ngan kita kan...selain dr insan plg dekat dgn aku, iaitu rumate ak, ada lagi 4 org sahabat yang dekat ngan aku selain drpd clasmate2 aku... kadang-kadang dah macam belangkas je sebab kemana pun together-gether...campur aku jadi lah 5...kat sni nak stress kan bkn maksd ak xkawan dgn lain2 cma kurang rapat sikit...sori kpd semua kawan-kawan yg lain, kali nie aku pilih cter tntng kawan-kawan kat utm dulu sbb baru lepas dapat idea drpd apa yg berlaku baru-baru ni...kalau nak karang dr tadika memang tak tdo ak malam ni..hehe...so insyaAllah di lain hari aku tulis lak pasal kisah2 dlu2..jgn terasa ye kawan tadika sekolah dan lain-lain...

dalam 5 orang ni, tipu la kalau semuanya sekepala, sampaikan tak da langsung perselisihan pendapat n sewaktu dengannya...boleh dikatakan setiap hari ada la kat sana xsetuju or sini xsetuju..normal la tu...dalam sehari akan ada la yg merajuk or terasa ka..termasuk aku la kan...tp kalau berlaku pon kisah mcm ni paling lama sejam ja kami mendiamkan diri sebab apa?menenangkan perasaan...tapi lepas tu ok balik mcm biasa...kadang-kadang benda sekecil2 perkara pon bleh dijadikan isu, contohnya sebab tempat dalam kelas, sebab baju batik...hehehe...tapi nak taw x kenapa rajuk tu cuma beberapa minit? sebab aku yakin adanya keikhlasan dalam hati kami menerima sahabat dengan seadanya...(harapan aku ukhwah kita semua berpanjangan smpai bila-bila)..dan aku yakin, dalam ukhwah tu, apabila berlaku pertelingkahan pendapat di situlah penguat ukhwah tu sebenarnya... di situ lah kita tahu di mana kurang dan silap kita dan belajar membetulkannya...dan, di situlah kita akan belajar menerima sahabat kita seadanya...kita harus ingat, kita bukan manusia sempurna dan sahabat kita juga manusia sama seperti kita, jadi mereka juga bukan sempurna..ok?

"kalau nak cari kawan yang sempurna memang kita tak akan jumpa, kalau nak cari kawan yang faham segala isi hati kita juga sukar dijumpa, tapi..kalau kita nak cari kawan yang ikhlas berkawan dengan kita kerana Allah sudah tentu ramai di luar sana dengan syarat kita ikhlas menerima segala kekurangan, baik buruk mereka terlebih dahulu..."

sori la kali ni xda gambar nak cantikkan pemandangan disebabkan internet sgt slow...nak upload nmpkanya pukul 6 pagi esok pon xsiap...apa2 pun mohon maaf andai post kali ni tersalah silap kat mna2, menyinggung hati mna-mna pihak...kalau tak menarik tu sori la ye..sekadar nak 'cuci' balik blog yang bersawang nie :))