SEKOLAH
AGAMA : PENJARA ATAU LUBUK ILMU?
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah dekat entri kali ni.
Sebenarnya tangan
ni kaku sebab lama tak menulis. Boleh la juga kalau nak dikatakan sibuk
walaupun pada hakikatnya tidaklah sesibuk mana pun.
Idea nak
tulis entri ni tercetus bila melawat sekolah minggu lepas. Alhamdulillah,
walaupun sudah 4 tahun meninggalkan SMKAP Kangar, saya berpeluang menziarahi
guru-guru setiap tahun walaupun kebanyakan guru yang mengajar di situ sudah
pencen ataupun bertukar ke sekolah lain.
Ceritanya bermula
apabila aku berjumpa dengan bekas guru kelas aku masa tingkatan 4 dulu. Salam-salam,
sembang-sembang dan tetiba dia ajak aku dan beberapa akhawat lain ikut pergi ke
kelas tingkatan 1. Pada mulanya kami rasa segan pula nak ikut, ya la mana la
tau kalau-kalau mengganggu P&P kelas. Akhirnya we ols decide pergi 10 minit
before kelas taman, so tak drag masa bebudak tuh kan..
Tadaa… bila
sampai ja depan kelas 1 Zainab, tecer
Normi panggil kami masuk. Malu la plak dah macam model berbaris kat
depan kelas. Macam murid bersalah tak siap homework pon ada juga. Hehe.. Then
dia minta intoduce diri dekat akhawat tingkatan satu. Then stori-mori kat mana
belajar sekarang, bidang apa and pengalaman sebagai pelajar SMKAP. Rupa-rupanya
ada akhawat yang berasa kurang selesa berada di SMKA dan khuatir dengan bahasa
Arab dan status sebagai bakal ustazah… Ok lah, let me help u to make it clear
ya?
Ok la,
sejujur dan seikhlas hati masa form 1 aku juga mempunyai perasaan macam tu. Ya,
saya faham. Itu adalah zaman peralihan ketika kita masih kanak-kanak berlari
sana-sini tetiba masuk sekolah menengah kita terpaksa mendewasakan diri. Dan
minggu pertama belajar bahasa Arab, mak! Susahnya…Ok, saya tegaskan minggu
pertama. Aku selalu nasihatkan diri, Atikah kena sabar. Bahasa Arab bahasa
syurga, kita harus belajar. Alhamdulillah, aku Berjaya menyesuaikan diri dengan
segala peraturan dan bahasa ‘asing’ tu dan sesungguhnya ketika sekolah dulu aku
adalah pencinta kepada bahasa ini, dan sekarang pun. Cuma tak berpeluang
berkomunikasi menggunakan bahasa indah itu memandangkan orang sekeliling aku
tidak ramai menggunakannya. Sayang! Sungguh sayang dan rasa termatlah rugi
kerana meninggalkan bahasa itu tanpa penggunaan yang meluas.
So,
janganlah risau. Bahasa Arab tak susah, trust me. Belajarlah kerana Allah,
kerana Allah akan bertindak mengikut pemikiran kita. Jika kita yakin Allah
pasti akan tolong. Saya sedih bila ada yang sanggup memasang stratergi
menggagalkan bahasa Arab semata-mata merencanakan untuk ditendang daripada
sekolah kemudian boleh sambung pelajaran di sekolah biasa. Ok, disini bukan nak
kata sekolah agama hebat sekolah biasa tidak.TIDAK. saya Cuma ingin menanamkan
rasa syukur berpijak di bumi SMKA. Sekolah lain juga bagus, saya yakin
pelajarnya memiliki ilmu yang penuh di dada bahkan mungkin lebih banyak
daripada kami. Cuma saya nak tegaskan jika anda sudah berada di bumi SMKA,
teruskanlah mengorak langkah anda. Jangan rasa rendah, jangan rasa terpenjara. Suatu
hari nanti anda akan rasa ‘kehilangan’. Kehilangan apa? Bila tiba masanya ia
akan terjawab.
*tu la tecer Normi :) *
Satu lagi
persepsi pelajar yang baru berjinak dengan SMKA ialah mekera harus menjadi
ustazah. No, sayang. Tak. Buktinya ramai pelajar lepasan SMKA berjaya menceburi
pelbagai bidang. Ada yang sudah bergelar doctor, engineer, pendidik, akauntan,
jururawat dan macam-macam lah. Kita belajar bahasa Arab, Syariah Islamiah,
Al-Quran dan As-Sunnah bukan semata-mata untuk kita jadi ustazah tapi itu
merupakan ilmu dan panduan untuk kita. Rugi kah kita belajar? Jawapannya tentu
tidak bukan? Secara jujur saya rindu semua subjek tu. Kita disuapkan dengan
pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi, DISUAPKAN. Tak perlu susah-susah cari, hanya
telan sahaja.
Jangan risau,
kalian bebas memiliki cita-cita kalian. Percayalah. Ilmu yang kalian belajar
akan melengkapkan lagi diri kalian sebagai bakal pemilik cita-cita. Tapi,
sangat-sangatlah beruntung jika kalian memilih untunk sambung bidang ini.
Dan.. ada
juga yang membuat persepsi bersekolah agama bagaikan penjara terutama sekali
sekolah perempuan aka SMKAP kan.. bagi saya jika nak describekan sebagai
penjara saya akan describekan sebagai penjara emas beserta lubuk ilmu. Tak tahu
lah kat mana penjaranya, mungkin kerana berpagar tinggi sekeliling sekolah? Wallahu’alam.
Tapi saya suka, saya rasa seperti dilindungi dan terpelihara. Kalau kita nak
beli beg baru pun kita nak yang dalam plastik bukan?
Saya cintakan
bumi wakaf ini, iaitu SMKAP di mana saya dicurahkan dengan pelbagai ilmu dan
pendedahan. Saya bermula sebagai seorang yg jahil ( I mean from zero) . Saya
bersyukur dimasukkan ke sana, bertemu sahabat yang tak putus-putus meberi
nasihat, guru-guru yang prihatin akan akademik dan akhlak. MasyaAllah. Rindu suasana
ini. Bila pagi before start kelas pelajar-pelajar akan mengalunkan ayat-ayat
suci al-Quran bersama-sama. Barakahnya terasa. Tazkirah percuma setiap Isnin,
dicampur pula bacaan Yaasin dan solat hajat bersama. Suasana itu tiada lagi
lepas keluar daripada bumi barakah itu. Tiada yang mamaksa anda turun ke dewan
membawa tafsir tiap-tiap pagi, tiada yang memaksa anda berpakain begitu begini,
tiada! Anda yang akan menentukan sendiri schedule harian anda, bagaimana
penampilan anda. Maaf, kita. Bukan anda, tapi saya dan kamu iaitu kita. Kita akan
rasa kehilangan semua ini apabila sudah melangkah keluar. Kita kena cari
sendiri semuanya.
Tak perlu
gusar tak perlu risau. Semuanya terkandung kebaikan. Ikhlaskan hati, betulkan
niat. Insha Allah barahknya akan terasa. insha Allah, semoga Allah redha.
Dan bumi ini yang aku sangat rindui.. pic credit to Hidayah Azizan :P